n w    w w w w

baner
You are here:   Home
large small default
Welcome to MARALondon Website PDF  | Print |  E-mail

MAKLUMAN

VISIT OF YAB CHIEF MINISTER PEHIN SRI HJ ABDUL TAIB MAHMUD

TO LONDON (22-30 JULY 2010)

selanjutnya >> 

MAKLUMAN

Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin 2010

selanjutnya >>


MAKLUMAN

Salam
Selamat menyambut musim peperiksaan. Pejabat MARA di UK mendoakan agar pelajar-pelajar semua dapat membuatnya dalam keadaan baik dan berjaya mendapat markah yang cemerlang. ntuk makluman, saya ingin memohon kepada semua pelajar-pelajar MARA jika mempunyai berita-berita atau kejayaan yang ingin di kongsi bersama pelajar-pelajar lain boleh lah email kepada saya. Maklumat ini  termasuk dangan sedikit write up dan gambar nya sekali. Maklumat ini adalah seperti kejayaan sukan peringkat international atau apa-apa kejayaan yang diperolehi. elajar-pelajat yang juga mempunyai blog atau facebook yang ingin link tersebut diketahui ramai boleh juga hantar link tersebut kepada saya untuk dimasukkan ke dalam web site MARA london.


Pengarah MARA UK
24 Mei 2010

 

MAKLUMAN 

Salam.

Untuk makluman pihak MARA UK ketika ini sedang cuba mengumpul baju-baju panas bagi kegunaan ramai.  Baju-baju ini akan diberi atau dipinjamkan kepada pelajar-pelajar baru atau pelawat-pelawat Malaysia yang datang ke UK dimana mereka  memerlukannya  oleh kerana cuaca yang sejuk.  Baju ini setelah dikumpul  dan dicuci akan di simpan di  MARA Apartment.

Oleh itu pihak MARA UK memohon daripada  pelajar-pelajar yang akan tamat pengajian mereka dan yang akan pulang ke Malaysia supaya baju-baju panas  yang masih elok yang mereka tidak mahu bawa balik ke Malaysia untuk di beri kepada pihak MARA untuk dikumpulkan.  Pengumpulan baju panas ini akan berjalan berterusan.

Terima kasih

Pengarah MARA UK


PELAJAR YANG BARU SAMPAI KE UNITED KINGDOM


Untuk makluman kepada semua pelajar-pelajar MARA yang baru sampai ke UK diharap dapat semak check list

1. Borang pendaftaran MARA yang perlu dilengkapkan –ML1
   (Download dari alamat www.maralondon.gov.my )
2. Dua keping gambar ukuran passport (untuk borang pendaftaran)
3. Borang LPP06 (payment instruction –ML12) yang perlu dilengkapkan
4. Sekeping contoh cek atau surat pengesahan dari bank jika membuka Akaun Simpanan (Saving A/C) Sila
    kepilkan contoh cek/surat bank bersama Borang LPP06)
5. Salinan surat tawaran MARA beserta lampiran-lampirannya
6. Salinan passport: mukasurat 1, 2 dan visa
7. Salinan surat tawaran dari Universiti/kolej
8. Salinan penghantaran keputusan peperiksaan (satu salinan telah dihantar ke Universiti berkenaan)
 
dan hantar bersama borang pendaftaran pelajar beserta dengan segala dokumen ke pejabat MARA United Kindom seperti di alamat berikut dengan kadar segera.

PERINGATAN KEPADA PELAJAR MARA YANG TELAH LULUS DALAM PENGAJIAN DAN TELAH KEMBALI KE MALAYSIA

Pelajar yang layak memohon untuk pertimbangan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman mestilah mematuhi syarat-syarat berikut :- 

Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas (tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PhD di dalam negara selain program Skim Pelajar Cemerlang (SPC)

Lulus pengajian dalam tempoh tajaan MARA 

Permohonan boleh dibuat dengan cara menulis surat atau datang sendiri ke BKK (borang disediakan) ATAU cetak Borang Permohonan Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran ML13 dan juga ML14 di halaman ini melalui laman web di bawah :-


http://www.mara.gov.my/senaraiborang

 



 

Last Updated ( Wednesday, 14 July 2010 04:34 )